Friday, 10 August 2012

Musibah dan muhasabah

Bismillahi rahmani rahim

Orang yang beriman akan menilai semua yang berlaku sama ada pada dirinya mahupun alam ini sebagai sesuatu yang positif. Mereka sedar semua itu Allah hasilkan  untuk mendidik hambaNya sekaligus untuk menyelamatkan mereka daripada api neraka.

Musibah sering dikaitkan dengan bencana alam, gempa bumi, bangunan runtuh, tsunami dan sebagainya. Musibah ini berlaku dengan kehendak Allah berdasarkan ketentuanNya sejak azali lagi. Semua itu Allah akan aturkan mengikut putaran dan giliran sesuai dengan umur. Firman Allah Taala lyang bermaksud: Tidak ada kesusahan atau bala bencana  yang ditimpakan dibumi  dan tidak juga yang menimpa kamu , melainkan telah sedia dalam kitab sebelum kami menjadikannya, sesungguhnya untuk menngadakan  yang demikian itu adalah amat mudah bagi Allah.( Surah al Hadid 57:22)

Walau bagaimanapun fenomena maksiat yang berleluasa, fitnah menfitnah,pergaduhan yang tidak pernah berakhir juga boleh dikatakan musibah. Malah musibah yang berlaku ini antara punca berlakunya musibah besar seperti bencana alam. Firman Allah Taala: Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan dan Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu (Surah Al Syura 42:30).
 Bagi mereka yang beriman musibah yang berlaku  itu boleh memberi pengajaran kepada mereka  dengan itu mereka segera bertaubat.

KAITAN DOSA DENGAN MUSIBAH

Apakah kaitan takdir terjadinya musibah dimuka bumi ini dengan dosa manusia? Jika difikirkan secara logik tentulah tiada kaitan langsung. Tetapi tahukah anda apabila manusia melakukan dosa , hukum Allah tetap tercatat untuknya. Hukum Allah boleh dikenakan pada bila-bila masa atau ditangguhkan pada waktu yang lain. Bayangkan kalau dosa itu terampun,bukankah dosanya semakin bertambah? Tahukah kita dengan dosa yang dilakukan oleh manusia,bumi turut merintah, merayu, dan berdoa agar mereka tidak dibebankan dengan orang yang melakukan dosa? Bumi ini tidak selama-lamanya sanggup menanggung bebanan dosa penghuninya.

Mungkin bagi mereka yang tersedar daripada dosa itu, segera bertaubat lalu Allah menderitakan  diri seseorang hamba  itu dan kemudiannya mereka terselamat. Atau boleh jadi seseorang itu ditimpa musibah sebelum dapat diselamatkan oleh pihak lain.

MUSIBAH SEBAGAI UJIAN

Orang yang beriman akan menilai semua yang berlaku sama ada pada dirinya, mahupun alam ini sebagai suatu yang positif. Semua itu Allah hasilkan untuk mendidik hambanya sekaligus menyelamatkan mereka daripada api neraka. Orang yang beriman boleh menerima semua itu dengan tenang kerana maklumat asas mengenainya  telah diberitahu oleh Allah kepada hambaNya terutama Nabi Muhammad SAW. Bahkan musibah yang berlaku dapat menyedarkan mereka tentang kekurangan yang ada pada mereka, lalu berusaha membuat peningkatan diri mereka, lalu berusaha membuat peningkatan bagi mengatasi musibah akan datang. Mereka akan tingkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan mengagungkan Allah dan syariatnya. Mereka tidak ego dan sombong dengan manusia apatah lagi dengan Allah yang mencipta. Selain itu mereka melihat dosa maksiat yang berlaku dalam masyarakat sebagai peluang  untuk menyelamatkan orang ramai daripada musibah yang lebih besar. Mereka akan bertindak membanteras  walaupun dalam keadaan kuasa yang terhad. Begitulah orang yang takut dan beriman kepada Allah, akan merasa takut dan gementar kepada balasan yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.

Tetapi sebaliknya berbeza dengan sikap orang kafir dan munafik, mereka akan melihat setiap  bencana itu sebagai perkara biasa yang tidak kena mengena dengan dirinya. Bencana alam biasa yang dikira sebagai sunah alam semata-mata. Dosa maksiat yang dilakukan manusia adalah soalan peribadi, tiada kaitan dengan bencana alam. Mereka akan akan mengatakan ini adalah lumrah kehidupan dunia dan perubahan alam adalah neutral. Mereka tidak akan mengaitkan musibah yang berlaku adalah kesinambungan daripada dosa dan maksiat yang mereka lakukan didunia. Justeru itu mereka semakin hanyut dan hanyut dalam kehidupan mereka yang tidak ada tali pegangan.

Inilah neraca kehidupan kita sebenarnya, setiap yang kita lakukan akan ada balasannya. Kehidupan ini merupakan medan ubudiyyah kita kepada Allah SWT. Segala ketaatan dan keingkaran kita akan dinilai dan dibalas dengan seadil-adilnya dengan nilaian Rabbani. Oleh itu sebagai orang mukmin yang berpegang teguh kepada Qada' dan Qadar dari Allah sememangnya memang wajib kita menerima musibah dengan redha tetapi disebalik redha itu kita harus BERMUHASABAH diri kita........


Waallahu a'lam

No comments:

Post a Comment