Bismillahirrahmanirrahim..
PENGERTIAN umum dakwah bermaksud panggilan, seruan atau ajakan. Maksud ajakan di sini ialah menyeru manusia mengakui kebesaran Allah Yang Maha Kuasa serta perlunya manusia hidup berlandaskan peraturan yang ditetapkan berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Perkara itu adalah inti pati dakwah bagi membina manusia yang bertakwa kepada Allah dalam erti kata yang sebenar dan seluas-luasnya.
Dalam kehidupan bermasyarakat, khususnya kehidupan umat Islam, dakwah mempunyai kedudukan yang amat penting. Dengan dakwah, dapat disampaikan serta dijelaskan mengenai ajaran Islam kepada masyarakat dan umat sehingga sasaran dapat mengetahui perkara yang benar (haq) atau perkara yang salah (batil).Peranan dakwah bukan setakat dapat membezakan tetapi dakwah juga dapat mempengaruhi masyarakat untuk menyukai perkara yang baik serta dapat menolak apa saja yang tidak betul yang berlaku dalam masyarakat. Sekiranya ini dapat diwujudkan dalam masyarakat Islam, sudah tentu hasrat kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat dapat dicapai.

![]() |
Sesungguhnya dakwah mempunyai kedudukan yang amat penting. Secara asasnya,
hukum dakwah menjadi satu kewajipan yang perlu dilaksanakan dan oleh setiap
individu Muslim. Banyak ayat al-Quran dan hadis menyaran atau menyeru setiap
individu Muslim melaksanakan tugas dakwah ini.
Syeikh Mustaffa Masyhur dalam bukunya yang berjudul Thariq Fi Ad-Dakwah
(Jalan-Jalan Dakwah) menyebut tiga tahap dakwah, iaitu:
a) Taarif
(penerangan/pengenalan) - Tahap ini adalah untuk memperkenalkan,
menyampaikan idea, gagasan atau untuk menggambarkan kepada khalayak atau
sasaran tentang dakwah yang hendak disampaikan.
b) Takwin (pembinaan/pembentukan) - Tahap pembentukan, pembinaan pendakwah dan pemantapan mesej yang disampaikan.

c) Tanfiz (pelaksanaan) - Tahap beramal, berusaha dan melaksanakan dakwah bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Berdasarkan tiga
tahap yang dinyatakan oleh tokoh ilmuwan itu, ternyata dakwah adalah perjalanan
yang panjang dan berliku. Untuk itu, petugas dakwah atau individu yang bergerak
dalam usaha-usaha dakwah atau organisasi yang melaksanakan kerja dakwah perlu
menyiapkan diri atau organisasi masing-masing pada tahap yang maksimum dan
bersedia bukan pada tahap ala kadar atau sambil lewa kerana dakwah akan
menghadapi pelbagai rintangan dan ujian yang tidak terduga atau kadang-kadang
di luar jangkaan manusia.
Dalam situasi masyarakat masa kini yang mengharungi pelbagai cabaran dan dalam era globalisasi, dakwah perlu digerakkan sebagai membimbing manusia ke jalan yang betul. Oleh yang demikian, setiap individu Muslim perlu berganding bahu untuk sama-sama melaksanakan usaha dakwah, menyampaikan ajaran Islam serta memberi kesedaran mengenai ketinggian Islam bagi mewujudkan masyarakat Muslim yang terbaik.

Kata lainnya, dakwah adalah satu kaedah yang
penting bagi membetulkan masyarakat yang tempang ke arah masyarakat yang lebih
Islamik serta menghayati nilai-nilai Islam dalam seluruh masyarakat dan
kehidupan. Untuk itu, setiap Muslim perlu sedar dan perlu membabitkan diri
dalam dakwah, sesuai dengan potensi atau keupayaan diri masing-masing.
Terbinanya diri, keluarga dan masyarakat yang Islamik merupakan matlamat utama
dalam dakwah.
Matlamat dan
harapan ini tidak dapat dicapai sekadar menerusi ceramah dan khutbah tetapi
melalui pelbagai bidang serta potensi yang ada. Oleh itu, perlu kita sedar
bahawa segala potensi dan kemampuan yang kita ada atau miliki, perlu digunakan
untuk kepentingan Islam dan dakwah Islamiah.
Firman Allah Ta’ala: "Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu adalah Yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS. an-Nahl : 125)

Asbab an-Nuzûl
Para mufasir
berbeza pendapat mengenai asbab an-nuzûl (latar belakang turunnya) ayat ini.
Al-Wahidi menerangkan bahwa ayat ini turun setelah Rasulullah SAW menyaksikan
jenazah 70 sahabat yang syahid dalam Perang Uhud, termasuk Hamzah, bapa saudara
Rasulullah. (1) Al-Qurthubi menyatakan bahawa ayat ini turun di Makkah ketika
adanya perintah kepada Rasulullah Saw untuk melakukan gencatan senjata
(muhâdanah) dengan pihak Quraisy. Akan tetapi, As-Suyuthi tidak menjelaskan
adanya riwayat yang menjadi asbab an-nuzûl ayat tersebut. (2)
Meskipun
demikian, ayat ini tetap berlaku umum (3) untuk sasaran dakwah siapa saja,
Muslim mahupun kafir, dan tidak hanya berlaku khusus sesuai dengan asbabul
nuzûl-nya (andaikata ada asbab an-nuzûl-nya). Sebab, ungkapan yang ada
memberikan pengertian umum—setelah kalimah ud‘u (serulah) tidak disebutkan
siapa objek (maf‘ûl bih)-nya. Ini adalah uslûb (gaya pengungkapan) bahasa Arab
yang memberikan pengertian umum (li at-ta’mîm). (4) Dari segi siapa yang
berdakwah, ayat ini juga berlaku umum. Meski ayat ini adalah perintah Allah
kepada Rasulullah, perintah ini juga berlaku untuk umat Islam. (5)
Makna
Keseluruhan Ayat
Ayat di atas
menerangkan tiga metode (tharîqah) dakwah, yakni cara mengembangkan dakwah bagi
menyerukan Islam kepada manusia. Ada cara yang berbeza untuk sasaran dakwah
yang berbeza.
1. Dengan hikmah, maksudnya dengan dalil (burhan) atau hujjah yang jelas (qath‘i ataupun zhanni) sehingga menampakkan kebenaran dan menghilangkan kesamaran. (6) Cara ini dituju kepada mereka yang ingin mengetahui hakikat kebenaran yang sesungguhnya, yakni mereka yang memiliki kemampuan berpikir yang tinggi atau sempurna; (7) seperti para ulama, pemikir, dan cendekiawan.
2. Dengan maw‘izhah hasanah, yaitu peringatan yang baik yang dapat menyentuh akal dan hati (perasaan). Misalnya, dengan menyampaikan aspek targhîb (memberi dorongan/pujian) dan tarhîb (memberi peringatan/celaan) ketika menyampaikan hujjah. (9) Cara ini tertuju kepada masyarakat secara umum. Mereka adalah orang-orang yang taraf berpikirnya di bawah golongan yang diseru dengan hikmah, namun masih dapat berpikir dengan baik dan mempunyai fitrah dan kecenderungan yang lurus. (10)
3. Dengan jadal (jidâl/mujâdalah) billati hiya ahsan, yaitu debat yang paling baik. Dari segi cara penyampaian, perdebatan itu disampaikan dengan cara yang lunak dan lembut, bukan cara yang keras dan kasar. (11) Dari segi topik, semata tertumpu pada usaha mengungkap kebenaran, bukan untuk mengalahkan lawan debat semata mata atau menyerang peribadinya. (12) Dari segi hujjh, dijalankan dengan cara menghancurkan kebatilan dan membangun kebenaran. Cara ini dituju kepada orang yang cenderung suka berdebat dan membantah, yang sudah tidak dapat lagi diseru dengan jalan hikmah dan maw‘izhah hasanah. (13

Bahagian akhir
ayat tersebut memberikan erti, bahawa jika kita telah menyeru manusia dengan
tiga jalan tersebut, maka urusan selanjutnya terserah Allah. Memberikan hidayah
bukan kuasa manusia, melainkan kuasa Allah semata. Kita hanya berkewajiban
menyampaikan . Allah yang akan memberikan petunjuk serta memberikan balasan,
baik kepada yang mendapat hidayah maupun yang tersesat. (14)
Sebahagian ulama seperti al-Qurthubi dan al-Baghawi berpendapat, ayat ini telah di-nasakh (dihapus) oleh ayat perang, jika yang menjadi sasaran dakwah adalah orang kafir. (15) Namun, yang lebih tepat adalah pendapat jumhur ulama, yang mengatakan ayat ini muhkam (tidak di-nasakh), dan tetap kepada sasaran dakwah yang Muslim ataupun kafir. Jika sasaran dakwahnya kaum kafir, ayat ini difahami sebagai langkah pertama untuk mereka, yakni mengajak mereka masuk Islam. Langkah itu wajib ditempuhi sebelum langkah kedua, yakni ajakan membayar jizyah dan menjadi ahl adz-dzimmah, dan langkah ketiga, yakni perang (al-qitâl) di jalan Allah. (16)

WALLAHUA'LAM

No comments:
Post a Comment