Wednesday, 4 July 2012

AURAT TERJAGA,FITNAH TERPELIHARA

Menutup aurat disisi agama Islam adalah antara kewajipan bagi setiap manusia yang bergelar Muslim dan Muslimat. Aurat bermaksud bahagian anggota tubuh badan yang wajib ditutup biasanya dengan kain dan ia haram dibuka dan tidak boleh sama sekali dipamerkan dikhalayak ramai.
CONTOH MENUTUP AURAT DALAM ISLAM
Hal ini kerana anggota tubuh badan yang dibuka itu boleh mendatangkan keaiban dan menimbulkan nafsu syahwat bagi mereka yang memandangnya. Bagi lelaki auratn lelaki ialah dari pusat hingga kelutut, dan bagi wanita pula aurat mereka ialah keseluruhan tubuuh badan mereka kecuali wajah dan tapak tangan. Ini adalah hukum yang telah disepakati oleh kebanyakan ulamak bedasarkan dalil yang ada didalam al Quran dan Hadis.

Pada hakikatnya menutup aurat ini lebih diambil berat oleh wanita yang sudah mencapai baligh kerana golongan mereka mempunyai paras rupa yang cantik dan boleh menarik perhatian lelaki ajnabi atau lelaki asing dan ini berkemungkinan boleh mendatangkan fitnah. Mka langkah paling proaktif untuk mengelakkan diri mereka daripada diganggu oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab iaitu dengan menutup aurat dengan sempurna apabila berada di khyalak ramai. Hal ini disebabkan apabila kaum wanita ini berpakaian  menutup aurat,mereka dianggap sebagai perempuan yang baik, tidak diganggu oleh kaum lelaki, terhindar daripada fitnah serta secara tidak langsung mereka akan dihormati dan disegani oleh kaum lelaki. Hal ini bertepatan dengan firman Allah Taala dalam Surah Al Ahzab ayat 59:


 yang bermaksud: Wahai Nabi suruhlah isteri2mu dan anaka perempuanmu serta perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannyabagi menutup seluruh tubuhnya(ketika mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(sebagai perempuan2 yang baik2) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan ingatlah  Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

Pemakaian menutup syarak dalam agama Islam ini sememangnya menjadi benteng kepada seseorang itu daripada terjebak kepada dalam perkara maksiat dan kemungkaran yang ditegah dalam agama. Apabila kita berpakaian dengan tertib dan sopan,kita akan merasa malu untuk melakukan perkara yang mungkar.Sifat malu ini adalah sebahagian daripada iman dan Rasullulah SAW sendiri telah mengajar dan menggalakkan umatnya supaya berbuat demikian. Sifat malu yang paling utama ialah kepada Allah iaitu mengikuti dan mentaati segala suruhaNya dan menjauhi segala larangNya. Hal ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud"Iman itu ada 70 cabang lebih dan malu adalah salah satu cabang iman"
MASIH KEKAL CANTIK WALAUPUN MENUTUP AURAT

Melalui keterangan hadis berkenaan jelas menunjukan kepada kita bahawa sifat malu adalah sebahagian daripada iman dan sudah pasti ia pencegah kepada sesorang itu daripada melakukan kemungkaran. Oleh itu, medium untuk mendapatkan sifat malu itu antaranya ialah berpakaian menutup aurat dengan sempurna. Tanpa sifat malu dalam diri seseorang itu, dia akan bisa melakukan apa saja yang dia suka tanpa mempedulikan lagi suruhan dan larangan Allah Taala. Hal ini bertepatan dengan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: " jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka". Melalui keterangan  Rasulullah SAW itu, kita  hendaklah mengetahui bahawa manusia yang tidak mempunyai sifat malu , dia tidak lagi dianggap sebagai manusia yang normal kerana hanya menurut hawa nafsu dan kehendak hati tanpa berlandaskan syariat yang telah digariskan didalam agama islam.
CONTOH BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG

Tidak keterlaluan jika kita menyatakan munusia yang tidak mempunyai sifat malu didalam diri dan sanggup melakukan pa saja yang dia mahukan, umpama binatang kerana tidak mampu menggunakan akal pemikirannya untuk berfikir dalam konteks membezakan apa yang baik dan apa yang buruk. Bersesuaian dengan firman Allah Taala dalam Surah A'araf ayat 179 yang bermaksud: "Dan sesungguhnya tidak  kami jadikan isi neraka jahannam kebanyakkan daripada jin dan manussia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat Allah, dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyahi telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka ini sebagai binatang ternak,bahkan mereka  lebih sesat lagi,mereka itulah orang yang lalai.
PAKAIAN LELAKI YANG MEMBUKA AURAT

Melalui keterngan ayat Allah itu,kita sedia memahani bahawa manusia yang tidak menggunakan akal dan pancaindera untuk memahami  ayat Allah ibarat binatang ternakan , bahkan lebih sesat lagi. Kita meminta dilindungi Allah dan dijauhkan daripada tergolongsebagai solongan sedemikian bahkan termasuk dalam ahli neraka jahanam. Oleh itu cara yang terbaik ubtuk mengelak diri kita daripada mengikut hawa nafsu, sebaliknya menggunakan akaldan pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah dengan sebaiknya ialah dengan memahami syariat dan ajaran agama islam. Antaranya ialah dengan menutup aurat  dengan sempurna dikhalayak ramai sebagai menunjukkan bahawa kita adalah kalangan manusia yang memahami dengan hati, melihat dengan mata,dan mendengar dengan telinga ayat Allah Taala serta mempraktikan ajaran agama yang telah disyariatkannya.
INILAH CARA BERPAKAIAN YANG DISYARIATKAN DALAM ISLAM

Menutup aurat dengan sempurna dikhalayak ramai baik lelaki mahupun perempuan ini mempunyai kelebihan yang sememangnya kita tidak dapat nafikan dan ia adalah suruhan mulia yang sangat dituntu dalam agama Islam. Sesungguhnya menutup aurat sempurna di khalayak ramai memberi kelebihan dan ada  kebaikkanya tersendiri. Dalam solat kita hendaklah menutup aurat dengan sempurna agar solat yang kita dirikan sah dan diterima oleh Allah Taala.Begitu juga dalam soal pemakaian di luar solat, pemakaian menutup aurat dengan sempurna itu adalah sebaik-baik tuntutan yang bertujuan mendapat keredhaan Allah Taala.


                                                           WAALLAHU A'LAM

Tuesday, 3 July 2012

Dakwah satu kewajipan


Bismillahirrahmanirrahim..

PENGERTIAN umum dakwah bermaksud panggilan, seruan atau ajakan. Maksud ajakan di sini ialah menyeru manusia mengakui kebesaran Allah Yang Maha Kuasa serta perlunya manusia hidup berlandaskan peraturan yang ditetapkan berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Perkara itu adalah inti pati dakwah bagi membina manusia yang bertakwa kepada Allah dalam erti kata yang sebenar dan seluas-luasnya.

Dalam kehidupan bermasyarakat, khususnya kehidupan umat Islam, dakwah mempunyai kedudukan yang amat penting. Dengan dakwah, dapat disampaikan serta dijelaskan mengenai ajaran Islam kepada masyarakat dan umat sehingga sasaran dapat mengetahui perkara yang benar (haq) atau perkara yang salah (batil).Peranan dakwah bukan setakat dapat membezakan tetapi dakwah juga dapat mempengaruhi masyarakat untuk menyukai perkara yang baik serta dapat menolak apa saja yang tidak betul yang berlaku dalam masyarakat. Sekiranya ini dapat diwujudkan dalam masyarakat Islam, sudah tentu hasrat kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat dapat dicapai.


Sesungguhnya dakwah mempunyai kedudukan yang amat penting. Secara asasnya, hukum dakwah menjadi satu kewajipan yang perlu dilaksanakan dan oleh setiap individu Muslim. Banyak ayat al-Quran dan hadis menyaran atau menyeru setiap individu Muslim melaksanakan tugas dakwah ini.
Syeikh Mustaffa Masyhur dalam bukunya yang berjudul Thariq Fi Ad-Dakwah (Jalan-Jalan Dakwah) menyebut tiga tahap dakwah, iaitu: 
a) Taarif (penerangan/pengenalan) - Tahap ini adalah untuk memperkenalkan, menyampaikan idea, gagasan atau untuk menggambarkan kepada khalayak atau sasaran tentang dakwah yang hendak disampaikan.

b) Takwin (pembinaan/pembentukan) - Tahap pembentukan, pembinaan pendakwah dan pemantapan mesej yang disampaikan.

c) Tanfiz (pelaksanaan) - Tahap beramal, berusaha dan melaksanakan dakwah bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Berdasarkan tiga tahap yang dinyatakan oleh tokoh ilmuwan itu, ternyata dakwah adalah perjalanan yang panjang dan berliku. Untuk itu, petugas dakwah atau individu yang bergerak dalam usaha-usaha dakwah atau organisasi yang melaksanakan kerja dakwah perlu menyiapkan diri atau organisasi masing-masing pada tahap yang maksimum dan bersedia bukan pada tahap ala kadar atau sambil lewa kerana dakwah akan menghadapi pelbagai rintangan dan ujian yang tidak terduga atau kadang-kadang di luar jangkaan manusia.

Dalam situasi masyarakat masa kini yang mengharungi pelbagai cabaran dan dalam era globalisasi, dakwah perlu digerakkan sebagai membimbing manusia ke jalan yang betul. Oleh yang demikian, setiap individu Muslim perlu berganding bahu untuk sama-sama melaksanakan usaha dakwah, menyampaikan ajaran Islam serta memberi kesedaran mengenai ketinggian Islam bagi mewujudkan masyarakat Muslim yang terbaik.
 Kata lainnya, dakwah adalah satu kaedah yang penting bagi membetulkan masyarakat yang tempang ke arah masyarakat yang lebih Islamik serta menghayati nilai-nilai Islam dalam seluruh masyarakat dan kehidupan. Untuk itu, setiap Muslim perlu sedar dan perlu membabitkan diri dalam dakwah, sesuai dengan potensi atau keupayaan diri masing-masing. Terbinanya diri, keluarga dan masyarakat yang Islamik merupakan matlamat utama dalam dakwah.
Matlamat dan harapan ini tidak dapat dicapai sekadar menerusi ceramah dan khutbah tetapi melalui pelbagai bidang serta potensi yang ada. Oleh itu, perlu kita sedar bahawa segala potensi dan kemampuan yang kita ada atau miliki, perlu digunakan untuk kepentingan Islam dan dakwah Islamiah.

Firman Allah Ta’ala: "Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu adalah Yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS. an-Nahl : 125)

Asbab an-Nuzûl
Para mufasir berbeza pendapat mengenai asbab an-nuzûl (latar belakang turunnya) ayat ini. Al-Wahidi menerangkan bahwa ayat ini turun setelah Rasulullah SAW menyaksikan jenazah 70 sahabat yang syahid dalam Perang Uhud, termasuk Hamzah, bapa saudara Rasulullah. (1) Al-Qurthubi menyatakan bahawa ayat ini turun di Makkah ketika adanya perintah kepada Rasulullah Saw untuk melakukan gencatan senjata (muhâdanah) dengan pihak Quraisy. Akan tetapi, As-Suyuthi tidak menjelaskan adanya riwayat yang menjadi asbab an-nuzûl ayat tersebut. (2)
Meskipun demikian, ayat ini tetap berlaku umum (3) untuk sasaran dakwah siapa saja, Muslim mahupun kafir, dan tidak hanya berlaku khusus sesuai dengan asbabul nuzûl-nya (andaikata ada asbab an-nuzûl-nya). Sebab, ungkapan yang ada memberikan pengertian umum—setelah kalimah ud‘u (serulah) tidak disebutkan siapa objek (maf‘ûl bih)-nya. Ini adalah uslûb (gaya pengungkapan) bahasa Arab yang memberikan pengertian umum (li at-ta’mîm). (4) Dari segi siapa yang berdakwah, ayat ini juga berlaku umum. Meski ayat ini adalah perintah Allah kepada Rasulullah, perintah ini juga berlaku untuk umat Islam. (5)
Makna Keseluruhan Ayat
Ayat di atas menerangkan tiga metode (tharîqah) dakwah, yakni cara mengembangkan dakwah bagi menyerukan Islam kepada manusia. Ada cara yang berbeza untuk sasaran dakwah yang berbeza.

1. Dengan hikmah, maksudnya dengan dalil (burhan) atau hujjah yang jelas (qath‘i ataupun zhanni) sehingga menampakkan kebenaran dan menghilangkan kesamaran. (6) Cara ini dituju kepada mereka yang ingin mengetahui hakikat kebenaran yang sesungguhnya, yakni mereka yang memiliki kemampuan berpikir yang tinggi atau sempurna; (7) seperti para ulama, pemikir, dan cendekiawan.

2. Dengan maw‘izhah hasanah, yaitu peringatan yang baik yang dapat menyentuh akal dan hati (perasaan). Misalnya, dengan menyampaikan aspek targhîb (memberi dorongan/pujian) dan tarhîb (memberi peringatan/celaan) ketika menyampaikan hujjah. (9) Cara ini tertuju kepada masyarakat secara umum. Mereka adalah orang-orang yang taraf berpikirnya di bawah golongan yang diseru dengan hikmah, namun masih dapat berpikir dengan baik dan mempunyai fitrah dan kecenderungan yang lurus. (10)

3. Dengan jadal (jidâl/mujâdalah) billati hiya ahsan, yaitu debat yang paling baik. Dari segi cara penyampaian, perdebatan itu disampaikan dengan cara yang lunak dan lembut, bukan cara yang keras dan kasar. (11) Dari segi topik, semata tertumpu pada usaha mengungkap kebenaran, bukan untuk mengalahkan lawan debat semata mata atau menyerang peribadinya. (12) Dari segi hujjh, dijalankan dengan cara menghancurkan kebatilan dan membangun kebenaran. Cara ini dituju kepada orang yang cenderung suka berdebat dan membantah, yang sudah tidak dapat lagi diseru dengan jalan hikmah dan maw‘izhah hasanah. (13
Bahagian akhir ayat tersebut memberikan erti, bahawa jika kita telah menyeru manusia dengan tiga jalan tersebut, maka urusan selanjutnya terserah Allah. Memberikan hidayah bukan kuasa manusia, melainkan kuasa Allah semata. Kita hanya berkewajiban menyampaikan . Allah yang akan memberikan petunjuk serta memberikan balasan, baik kepada yang mendapat hidayah maupun yang tersesat. (14)

Sebahagian ulama seperti al-Qurthubi dan al-Baghawi berpendapat, ayat ini telah di-nasakh (dihapus) oleh ayat perang, jika yang menjadi sasaran dakwah adalah orang kafir. (15) Namun, yang lebih tepat adalah pendapat jumhur ulama, yang mengatakan ayat ini muhkam (tidak di-nasakh), dan tetap kepada sasaran dakwah yang Muslim ataupun kafir. Jika sasaran dakwahnya kaum kafir, ayat ini difahami sebagai langkah pertama untuk mereka, yakni mengajak mereka masuk Islam. Langkah itu wajib ditempuhi sebelum langkah kedua, yakni ajakan membayar jizyah dan menjadi ahl adz-dzimmah, dan langkah ketiga, yakni perang (al-qitâl) di jalan Allah. (16)
WALLAHUA'LAM